Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Rezeki Matahari Terbenam

By 14 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Agku Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh

TAWAU, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Pemandangan matahari terbenam di Batu Payung menjadi lubuk rezeki seorang pengusaha tempatan apabila membuka tarikan baharu kepada pelancong tempatan mahupun dari luar daerah Tawau sejak awal tahun ini.

Menurut Pemilik UU Bay Garden, Wong Nyuk Lin, 65, pada awalnya kawasan itu merupakan sebuah kawasan ternakan udang namun dijadikan pusat pelancongan apabila beliau dan rakan niaga melihat kawasan itu mempunyai potensi yang tinggi.

“Selain menikmati keindahan matahari terbenam, pengunjung juga dapat berekreasi dengan menunggang kenderaan serba rupa bumi (ATV), berkelah, memancing serta berkhemah di kawasan ini dengan kadar bayaran yang agak berpatutan.

“Bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung, Bazar Ramadan juga akan dibuka di kawasan ini,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang pengunjung Nurhayati Nani, 32, berkata keindahan tempat ini sesuai untuk meninggalkan kenangan dengan mengambil gambar serta membantu menenangkan minda saya setelah penat bekerja,” kongsinya.

Pada hujung minggu, kawasan ini akan sesak dengan kedatangan pengunjung yang tidak mahu ketinggalan menikmati keindahan matahari terbenam meskipun dikenakan bayaran.

-ZS-

Tinggalkan komen anda