
Laporan/foto: Salawati Mat Shariff/Muhammad Fakhruddin Mohd Khaderi
TELUK KUMBAR, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Syarikat Damiral’s Bread menyahut seruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan memperkenalkan Combo Rahmah berharga RM4.90 kepada pelanggan.
Menurut pekerja, Syiffa Izhar, 20, pelanggan dapat menikmati sepotong kek span coklat dan sebiji roti bun segar di premis mereka yang terletak di Jalan Gertak Sanggul, di sini.
“Ini adalah inisiatif pemilik kedai yang mahu menyambut seruan dan usaha kerajaan supaya pelanggan dapat menikmati hidangan pada harga baget”, katanya.
Beliau turut menjamin, walaupun harga bahan mentah meningkat, produk Combo Rahmah yang diperkenalkan itu tetap terjamin dari segi berkualitinya.
-ZS-