Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Memanah Tradisional Jadi Pilihan

By 24 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff

PONDOK UPEH, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Sukan memanah sudah tidak asing dalam kalangan masyarakat malah aktiviti ini sudah banyak dipertandingkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Noranuar M.Noor, 40, ketika ditemui di tempat latihan memanah Lorong Mat Saad Jalan Pondok Upeh, berkata aktiviti memanah ini perlu disemai sejak awal usia kanak-kanak kerana mereka  mampu meningkatkan fokus dan disiplin selain cepat belajar, mudah dilentur dan dibentuk.

Beliau merupakan anak kariah dan jurulatih memanah Tradisional Archery Kelab yang ditubuhkan oleh Masjid Pondok Upeh sejak dua bulan yang lalu.

Pemanah cilik, Nor Dania Irdina, 11, pelajar Sekolah Kebangsaan Kongsi berkata beliau telah mula belajar memanah sejak berusia 7 tahun.

“Memanah memerlukan tumpuan supaya anak panah dapat dilepaskan tepat pada sasaran,” ujarnya yang pernah memenangi tempat kedua pertandingan memanah Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP).

-ZS-

Tinggalkan komen anda