Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Belanjawan 2023 Malaysia MADANI Dibentang 4.00 Petang Ini

By 24 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/FB Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membentangkan membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia MADANI pada pukul 4.00 petang hari ini.

Semalam Anwar yang juga Menteri Kewangan telah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pembentangan Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

Ia merupakan belanjawan pertama dibentangkan Anwar di bawah Kerajaan Perpaduan.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa, dan pada masa yang sama memacu pertumbuhan ekonomi negara, di samping menarik pelaburan.

Menurutnya kerajaan juga mengambil kira daya saing negara, kepantasan kelulusan perniagaan serta beberapa inisiatif baharu, termasuk pendigitalan dan penggunaan mampan serta pengeluaran sumber asli dalam proses hiliran dalam Belanjawan 2023.

Pada 20 Disember lalu Anwar telah membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari lepas bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

-ZS-

Tinggalkan komen anda