Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Menu Rahmah Dapat Sambutan Positif

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ismael Idris/Nur Farhana Azman (Jasin)

JASIN, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah melancarkan inisiatif Menu Rahmah bertujuan memastikan golongan B40 mampu untuk membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Penyediaan Menu Rahmah adalah hidangan yang seimbang merangkumi nasi berserta satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan dengan harga maksima RM5.

Menurut warga emas, Zulkifli Abu Bakar, 65, harganya amat berpatutan dan ramai yang boleh membeli menu ini.

“Jika kita lihat sebelum ini makanan di kedai atau restoran dijual dengan harga RM8 hingga ke RM10 untuk satu kali makan, namun dengan Menu Rahmah kita dapat berjimat dan saya harap inisiatif ini dapat diteruskan,” katanya.

Bagi Pembantu Sumber Manusia Mydin Jasin, Noraishah Zakaria, 32, sambutan Menu Rahmah di Mydin Jasin amat menggalakkan dari hari pertama diperkenalkan sehingga hari ini.

“Kami menyediakan pelbagai menu untuk sarapan pagi hingga tengahari. Jualan laris dan habis setiap hari di sini,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda