Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

‘Mongompi om Mamason’ Upacara Pemindahan Monumen Bulatan ‘Sigah’

By 12 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dexter Cysonned

PENAMPANG, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Satu upacara ritual Kadazan-Dusun iaitu ‘Mongompi om Mamason’ dijalankan bagi memindahkan monumen bulatan ‘Sigah’ yang menjadi mercu tanda daerah Penampang.

Upacara yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Bobolian Sabah itu bertujuan untuk memindahkan ‘Sigah’ ke tapak yang lain dan berdoa bagi kesejahteraan tapak baharu tersebut.

Menurut Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, pembangunan monumen ‘Sigah’ yang baharu ini perlu sebagai simbol ketamadunan budaya yang mengutamakan keharmonian kehidupan.

“Upacara ini perlu dibuat kerana kita sebagai Kadazan-Dusun perlu menghormati kepercayaan nenek moyang yang melibatkan para ‘momolian’ walaupun arus dunia sudah ke arah modenisasi,” katanya semasa berucap, di sini pagi semalam.

“Bulatan ‘Sigah’ yang berdiri teguh selama kira-kira 15 tahun ini akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada kerajaan menaik taraf jalan Penampang-Tambunan ini bagi keselesaaan para pengguna.

“Ia akan ditempatkan di tapak baharu iaitu kira-kira 50 meter daripada tapak lama,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda