
Laporan/foto: Anuar Ashari/Hanafie Shariman
BUKIT MERTAJAM, 12 Feb (Malaysiaaktif) – Menu Rahmah yang merupakan antara usaha kerajaan menangani kos sara hidup rakyat mendapat maklum balas yang positif khususnya pada golongan sasar.
Pengurus Cawangan Mydin Mall Bukit Mertajam Karan Iskandar ketika ditemui di sini semalam memaklumkan, pihaknya menawarkan hidangan berkhasiat menu sarapan pagi dengan lima variasi makanan pada harga serendah RM2.50 dan menu makan tengah hari dengan lima variasi makanan pada harga RM4.90.
“Tawaran ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya.
Seorang penduduk, Catherina Soofai, 45 berkata, beliau tidak perlu lagi mencari makanan di tempat lain kerana makanan yang berbaloi boleh diperolehi di pasar raya tersebut dengan harga yang murah.
Noor Irmielia Ismail, 33, surirumah berkata, menu yang disediakan sedap, menepati cita rasanya dan harga yang berpatutan.
Seorang pelanggan Mohamad Salehudiin Md Nor, 40, menganggap inisiatif kerajaan ini tepat pada masanya.
“Program Menu Rahmah yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.
– ZS-