Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pasar Malam Duyong dan Semabok Jadi Ikon PTPM Melaka

By 8 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Feroz Othaman (Melaka Tengah)

DUYONG, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Dua pasar malam iaitu pasar malam Duyong dan pasar malam Semabok telah terpilih untuk Program Tranformasi Pasar Malam (PTPM) di bandar raya Melaka melalui anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong Mohd Noor Helmi Abdul Halem ketika merasmikan tapak pasar malam Duyong pada Selasa berkata ianya akan memberi manfaat kepada 120 peniaga pasar malam yang terlibat.

Menurut Helmi pasar malam yang mengikuti program PTPM ini akan menjadi ikon kepada pasar-pasar malam yang lain di bandar raya Melaka.

“Ini adalah permulaan kepada tranfomasi dan memberi imej baru kepada pasar malam sedia ada selain sebagai daya tarikan pelancong untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi di Negeri Melaka,” katanya lagi.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman dan Setiausaha Bandaraya Azahar Mohamed.

-ZS-

Tinggalkan komen anda