Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pasar Tani MESRA Bekal Barang Mentah dengan Harga Berpatutan

By 15 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Nazrie Mat Nayan/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)

IPOH, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, di sini pagi tadi mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Selain pameran perkhidmatan,  Pasar Tani MESRA yang julung kali diadakan turut mendapat perhatian kerana pengunjung berpeluang membeli barangan mentah dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di pasaran.

Pengunjung, Noraini Molok, 54, berkata penganjuran pasar tani ini membantu rakyat menampung perbelanjaan harian.

“Terima kasih Kerajaan Negeri Perak kerana program ini membantu golongan yang kurang berkemampuan selain memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan di satu tempat,” katanya ketika ditemui.

Program MESRA Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2023 merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi mendengar permasalahan dan aduan rakyat secara terus kepada Menteri Besar, Exco dan ketua-ketua jabatan di kaunter khidmat pelanggan yang disediakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda