Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sentuhan Lukisan Mural BKVS JaPen Menakjubkan

By 15 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin(Kemaman)/BKVS (Putrajaya)

KEMAMAN, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Sesi Penyerahan Lukisan Mural Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka (BKVS) Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh, di sini, pagi tadi.

Menurut Pereka BKVS, Mohd Azrul Faiz Haidzir, 43, objektif mural lukisan ini dihasilkan adalah untuk memperkenalkan wajah-wajah ASEAN dan memberi kefahaman masyarakat umum mengenai dasar-dasar kerajaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada kumpulan BKVS, guru-guru dan pelajar SMK Kerteh di atas kerjasama yang begitu baik diberikan selama empat hari untuk bersama-sama merealisasikan impian mural lukisan warga sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Kerteh, Sutina Sulaiman, 57, mengakui sungguh bertuah dan berterima kasih dengan kehadiran insan-insan yang kreatif yang dapat menghasilkan hasil lukisan mural yang begitu menakjubkan.

“Program ini berjaya memukau para guru dan pelajar apabila pihak BKVS dapat menyiapkan lukisan mural di sekolah ini hanya dalam tempoh empat hari sahaja.

“Hasil sentuhan kreatif ini juga berjaya menarik para guru dan pelajar untuk lebih mengenali negara ASEAN dengan lebih dekat lagi,” katanya di akhir perbualan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda