Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanHomeLabuan

Pelbagai Pengisian Menanti Pengunjung Muzium Chimney Sepanjang Cuti Sekolah

By 17 Februari 2023Februari 21st, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Pelbagai pengisian menarik disusun atur pihak Jabatan Muzium Malaysia (JMM) Labuan untuk pengunjung Muzium Chimney sepanjang cuti sekolah nanti.

Menurut Pengarahnya Muhammad Azam Adnan antara pengisian tersebut adalah Program Singgah Santai yang akan berlangsung dari 18 Februari sehingga 19 Mac 2023.

“Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah Senam Sihat Komuniti bersama Muzium Chimney pada 26 Feb 2023, Permainan Nostalgia, Permainan Dam Gergasi, Kuiz Sejarah Chimney, Teka Berat Batu Bata dan Teka Jumlah Seramik.

“Kita juga akan mengadakan Sleepover/Camping @ Muzium Chimney atau konsep bermalam di Muzium yang merupakan ‘signature’ program JMM yang dilaksanakan setiap tahun,” katanya semasa bersiaran dalam Program Setagal Bersama JaPen, Jabatan Penerangan Labuan semalam.

Jelas Muhammad Azam, JMM turut mengajak pengunjung untuk berswafoto di Muzium Chimney dan memuat naik dalam laman sosial media masing – masing dengan menyertakan tanda pagar #FBChimneyMuseum

“Gambar yang mempunyai jumlah ‘like’ terbanyak berpeluang mendapat hadiah menarik, pertandingan ini terbuka dan akan bermula pada 18 Februari dan berakhir pada 19 Mac 2023.

“Pemenang pertandingan akan dihebahkan dalam Facebook rasmi Chimney Museum pada awal April 2023,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda