Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Ahli DUN Pahang Diberi Pendedahan Peraturan Dewan dan Protokol

By 17 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Intan Saziana/Muhammad Arief

CAMERON HIGHLANDS, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hadir dalam program Pemukiman DUN Pahang : Kursus Peraturan Dewan dan Protokol, di sini baru-baru ini.

Program tersebut bertujuan memberi panduan bagi melancarkan perlaksanaan tugas oleh Ahli DUN.

Menurut Yang Dipertua DUN Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, wakil rakyat merupakan wakil kepada rakyat yang bukan sekadar menjadi jurucakap, namun mereka perlu menjaga adab dan tatatertib.

Mohd Sharkar turut berpesan kepada Ahli DUN Negeri Pahang agar menjadi contoh dan teladan kepada rakyat.

Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang hadir merasmikan program berharap semua Ahli DUN Pahang mempraktikkan ilmu yang dipelajari di kursus tersebut sepanjang memegang jawatan yang diamanahkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda