Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penantian Tiga Tahun Membaiki Rumah Berakhir

By 22 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sheikh Mohamed Nazim Kadir/Norhasliza Hamzah (Segamat)

SEGAMAT, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Impian selama tiga tahun sebuah keluarga untuk membaik pulih rumah akhirnya menjadi kenyataan apabila menerima Bantuan Rumah Wakalah Zakat daripada Lembaga Pelabuhan Johor.

Azre Kamal Mohd Jadi, 37, berasa sangat bersyukur apabila terpilih untuk menerima bantuan tersebut.

“Tapak dan rumah ini merupakan peninggalan arwah ayah saya. Pada waktu itu keadaan rumah adalah sangat teruk di mana 70 peratus bahagian bumbung telah dimakan anai-anai,” ujarnya.

“Saya pernah berhasrat untuk membaik pulih rumah tetapi tertangguh disebabkan masalah sumber pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada bulan Mac 2020.

Penyerahan Bantuan Rumah Wakalah Zakat daripada Lembaga Pelabuhan Johor ini telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Segamat Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim di Kampung Lubok Batu, Gemereh, di sini kelmarin.

Rumah yang telah disiapkan dalam tempoh 45 hari dengan anggaran kos bernilai RM80,000 itu dilengkapi tiga bilik tidur, tandas, dapur, kipas dan lampu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda