Laporan/foto: Noor Farihah Mohamed Rahim (Jeli)
JELI, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Persekitaran yang kondusif memang penting dan memberi impak positif dalam pembelajaran khususnya kelas yang selesa dan menarik.
Hasil sentuhan tiga dimensi (3D) yang dihasilkan oleh Guru Pendidikan Seni dan Visual (PSV) Sekolah Kebangsaan Legeh, Cikgu Sukmin Muhamad, 41, menceritakan segalanya.
“Saya cuba mewujudkan suasana yang berbeza apabila pelajar masuk ke kelas walaupun bangunan sekolah ini sudah berusia 50 tahun. Bangunan lama bukan alasan untuk tidak tampil kreatif dan bersemangat,” katanya.
Menurut Cikgu Sukmin ketika ditemui baru-baru ini, memang menjadi keinginannya untuk menceriakan suasana kelas melalui usaha kreativiti bersama pelajar-pelajar.
“Idea baharu saya ini bertujuan menarik minat pelajar-pelajar agar dapat belajar dalam suasana selesa, gembira dan bersemangat.
“Suasana sekolah yang ceria dan menarik membantu proses pembelajaran murid lebih berdaya saing,” katanya.
-ZS-