Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perlis Negeri Pertama Projek Rintis Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi

By 15 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Mohd Sani Ahmad Jatin

PADANG BESAR, 15 Feb (Malaysiaaktif) –

Perlis menjadi negeri pertama terpilih dalam Projek Rintis berkenaan Pembekalan Minyak Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi.

“Isu ketirisan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel bagi kes penyeludupan pada tahun lepas telah direkodkan sebanyak 43 kes iaitu kes yang melibatkan penyeludupan petrol RON95 dan diesel bagi negeri Perlis yang bernilai RM100,611.00.

“Tempoh pelaksanaan projek rintis di negeri ini adalah tiga bulan bermula pada bulan Februari sehingga April 2023 sebelum diteruskan ke negeri-negeri sempadan yang lain seperi negeri Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak”.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata demikian dalam ucapan di majlis perasmian projek tersebut di Stesyen Minyak Double Endorse, di sini hari ini.

“Dengan pelancaran projek perintis ini, ia memberi kemudahan kepada kenderaan berpendaftaran asing untuk mendapatkan bekalan minyak petrol dan diesel di stesyen minyak komersial,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda