Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 15 Feb (Malaysiaaktif) – Lapan premis makanan di negeri Perlis menyahut seruan program Menu Rahmah, yang merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman.
Menu Rahmah merupakan makanan tengah hari atau malam yang seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau ikan, dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan iaitu RM5 sepinggan.
Menurut pemilik Restoran Bekwoh, Dr Ahmad Fadhzil Mohamad, 38, restorannya menyediakan tiga pilihan Menu Rahmah berharga RM5 yang dihidangkan bersama segelas air iaitu nasi gulai ikan termenung (ikan kembung), nasi kukus ayam cincang dan nasi telur berlada ayam.
Pelancaran Menu Rahmah lapan premis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di sebuah restoran terkenal, di sini semalam.
-ZS-