
Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim/Badarudin Shuib (Klang)
KLANG, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Program Jelajah #KitaSelangor Penyayang Peringkat Daerah Klang diadakan sebagai usaha berterusan kerajaan negeri untuk memberikan penjelasan dan mengajak rakyat bersama-sama dengan hasrat menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera serta diisi dengan semangat kasih sayang antara satu sama lain.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari semalam berkata, negeri Selangor merupakan antara penyumbang tertinggi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Justeru, sumbangan ini hendaklah dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk program yang memberi manfaat seperti Iltizam Selangor Penyayang (ISP), Saring Selangor dan Jualan Ehsan Rakyat sebagai usaha berterusan kerajaan bagi mengutamakan kebajikan rakyat yang tertekan dengan peningkatan kos sara hidup/
Program yang bermula hari ini sehingga tempoh 19 Mac 2023 akan diadakan di sembilan buah lokaliti yang berbeza di Negeri Selangor turut memberi peluang perniagaan kepada peniaga industri kecil dan sederhana (IKS).
Kesinambungan Jelajah #KitaSelangor Penyayang ini akan diteruskan di Hulu Selangor pada hari ini.
-ZS-