Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rahmah Mesra Keluarga Malaysia Madani Eratkan Hubungan KRT Kemunchup

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azmi Abd. Rahman (Machang)

MACHANG, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kemunchup menyambut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menganjurkan Program Rahmah Mesra Keluarga Malaysia Madani, di sini malam tadi.

Pengerusi KRT Kemunchup Mohd Nawai Syawal berkata semua pihak seharusnya menyambut baik reformasi yang dibawakan kerajaan sekarang.

“Semua pihak harus menerapkan perkara-perkara positif dan nilai-nilai murni yang terkandung di dalam konsep Malaysia Madani yang menjadi teras pentadbiran pihak kerajaan sekarang.

“Kerajaan Perpaduan perlu diberikan ruang dan masa untuk merealisasikan segala agenda yang dirancang bagi membangunkan negara ke arah yang lebih baik,” ujarnya.

Pegawai Jabatan Perpaduan Machang/Tanah Merah/Jeli, Wee Chu Suan ketika berucap pada majlis tersebut menegaskan, rakyat Malaysia khususnya warga Kemunchup perlu akur dan menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan kerajaan untuk mengurus tadbir negara.

“Program Rahmah Mesra ini merupakan satu platform yang amat baik serta boleh diadakan di KRT-KRT lain di Daerah Machang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda