
Laporan/foto: Wee Kim Been
PASIR MAS, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Perpustakaan Desa Galok, Chetok, Pejabat Agama Islam Daerah Pasir Mas dan Yayasan Dakwah Islamiah Kelantan (YADIM) telah berjaya menganjurkan sambutan Israk dan Mikraj bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok bersama masyarakat setempat.
Menurut Ahli DUN Chetok Haji Zuraidin Abdullah, majlis sebegini mampu mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat di samping memperingati peristiwa bersejarah perjalanan Rasulullah SAW.
“Alhamdulillah sambutan tahun ini cukup meriah dengan penglibatan seramai 200 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan pengisian aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada penduduk setempat,” katanya.
Pelbagai acara turut diadakan antaranya hafazan surah al-Ikhlas dan ad-Dhuha, origami dan kolaj untuk kanak-kanak, anyaman mengkuang daun palas dan lain-lain lagi.
Turut hadir Pengarah Perbadanan Perpustakaan Kelantan Mohd Shamsul Baharin Isa.
-ZS-