
Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/ Mohd Farid Abd. Halim (Hulu Langat)
PANDAN, 5 Feb (Malaysiaaktif) –Kementerian Ekonomi akan merangka inisiatif bagi membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup yang kian mencabar.
“Insya-Allah kita akan umumkan menjelang akhir Februari, saya tunggu bajet diumum dan diluluskan dahulu, jadi selepas itu akhir Februari insya-Allah kita umumkan program yang melibatkan inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat.
“Kita juga akan tumpukan infrastruktur kepada projek di Pandan dengan syaratnya memindahkan dan meningkatkan kebersihan sekitar Pandan dan membuka lebih banyak peluang kepada penduduk di Pandan untuk berniaga. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya juga akan diusahakan bagi menaiktarafkan IPD dan infrastrukturnya”
Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Majlis Rumah Terbuka Parlimen Pandan 2023.
Lebih 3000 orang hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Pandan 2023 di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya semalam.
Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Selangor Puan Maizatulakmal Tujad, Pengarah bahagian perhubungan kerajaan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Osman Ali Hamzah, DSP Mohd Izham Hamzah Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya dan Puan Rosliza Mohd Pengarah Jabatan Perancangan Korporat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
-ZS-