Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Selangor Cadang Perluas Skim Smart Sewa

By 25 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari akan mencadangkan Skim Smart Sewa yang diperkenalkan Kerajaan Selangor diperluaskan agar lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.

Katanya, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung perkara itu memandangkan skim berkenaan mendapat maklum balas yang sangat baik.

“Saya akan bincang dengan KPKT untuk menilai semula perumahan-perumahan mereka di sini (Selangor) supaya sistem Smart Sewa yang kita laksanakan ini boleh dikembangkan di perumahan-perumahan kos rendah yang lain.

“Setakat ini kita ada 1,000 buah rumah di bawah program Smart Sewa meliputi rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pelbagai rumah yang kita telah perolehi daripada pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) peringkat daerah Gombak di tapak bazar Ramadan Taman Melawati hari ini.

Memurut Amirudin, skim berkenaan mempunyai prestasi baik terutama kutipan sewa yang mencecah sehingga 95 peratus walaupun ketika pandemik.

“Ketika pandemik kita mengutip hampir 95 peratus bayaran sewa dan sewaan ini disekalikan dengan yuran penyelenggaraan,” katanya.

Smart Sewa Selangor ialah skim yang menawarkan sewaan rumah kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan 30 peratus daripada jumlah sewaan bersih akan digunakan untuk membayar deposit pembelian Rumah Selangorku.

-ZS-

Tinggalkan komen anda