Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Belanjawan 2023 untuk Memastikan Rakyat Terbela – Amirudin

By 25 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang  (Gombak)

GOMBAK, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan semalam untuk memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, pelbagai inisiatif sama ada pelepasan cukai dan bantuan-bantuan termasuk program kesihatan diharapkan dapat dimanfaatkan kepada rakyat sebaik mungkin.

“Bidang pendidikan pula, kerajaan berusaha memperbaiki sekolah-sekolah yang daif termasuk di Selangor.

“Penumpuan bidang teknikal dan vokasional juga dijangka dapat memenuhi tenaga kerja dan sumber manusia yang masih kekurangan yang sebelumnya tidak mempunyai kemahiran bertepatan dengan pelaburan yang datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan program Jelajah Kita Selangor Penyayang di Taman Melawati, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Harris Kassim dan Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion bagi belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion ringgit simpanan luar jangka.

Anwar berkata, peruntukan pembangunan ditingkatkan kepada RM97 bilion berbanding RM71.6 bilion tahun lalu selaras dasar fiskal mengembang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda