Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Set Masak Jimat : Inisiatif Pasar Mini Ringankan Beban Pengguna

By 6 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)

SIK, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Tular sebuah hantaran set barangan masak yang dijual pada harga berpatutan di laman sosial Facebook milik Aimanqawi Mini & Fresh Mart.

Pasar mini tersebut menawarkan set barangan memasak yang terdiri daripada ikan, ayam bersama-sama bahan masakan lain seperti sayur, santan ataupun bahan memasak yang lain dengan dengan yang lebih berpatutan.

Hantaran tersebut meraih perhatian ramai serta telah dikongsi oleh 2700 pengguna Facebook yang lain serta mendapat lebih 1000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pemilik pasar mini tersebut kerana prihatin beban yang dihadapi oleh pengguna dengan menjual barangan basah dengan harga mampu milik.

Menurut salah seorang pengurus Aimanqawi Mini & Fresh Mart, Muhammad Aiman Qawi Ahmad, 19, idea tersebut adalah daripada pihak pengurusan pasar mini bertujuan bagi meringankan beban perbelanjaan pengguna khususnya golongan B40.

“Menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat, kami berharap inisiatif ini dapat membantu orang ramai berbelanja dengan lebih berhemah serta menjimatkan,” jelasnya lagi yang ditemui di pasar mini di Pekan Sik, baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda