Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Ulang Tahun ke-4 MPJL Disambut dengan Pebagai Aktiviti Kekeluargaan

By 6 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Naim (Jempol)

JEMPOL, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) telah menyambut ulang tahun yang keempat baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti berkayak di kolam Taman Tasik Bahau, bola sepak, bola jaring, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan pameran kesihatan serta pemeriksaan kesihatan percuma.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau, Tuan Teo Kok Seong, bagi tujuan promosi tiada bayaran yang dikenakan kepada pengunjung untuk berkayak.

“Ini juga bagi menarik minat lebih ramai pengunjung dari kawasan Jempol dan sekitarnya.

“Pada bulan Februari dan Mac ini akan berlangsung beberapa program besar seperti Cup Prix Pusingan Kedua yang akan diadakan di Dataran Seri Jempol dan program MyFit@Motosport Peringkat Zon Selatan yang akan diadakan di Kampung Ayer Hitam,” ujar beliau ketika ucapan perasmian majlis tersebut.

Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan di daerah Jempol.

-ZS-

Tinggalkan komen anda