Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kampung Bersih Rakyat Sejahtera

By 7 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin bt Basir

BATU PAHAT, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Hasrat Menteri Besar Johor agar program Johor Bersih dilaksanakan setiap minggu dan diteruskan semula pada awal Februari ini mendapat perhatian positif dalam kalangan penduduk Kampung Semerah, di sini.

“Program gotong-royong perlu dilaksanakan setiap daerah meliputi kawasan-kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (setiap zon) dan pentadbiran pejabat daerah (setiap mukim) bermula hari ini (Ahad) dan seterusnya setiap minggu.

“Oleh demikian, saya menyeru kepada semua Ketua-Ketua Kampung dalam Mukim Bagan dan Lubok untuk sama-sama menyahut saranan Menteri Besar Johor ini demi kesejahteraan kampung agar persekitaran kampung bersih dan ceria,” kata Penghulu Mukim Bagan dan Lubok, Mohd Azri Tresno ketika ditemui di perkarangan Surau An Nur Kampung Semerah, kelmarin.

Gotong-royong ini merangkumi aktiviti membersihkan jambatan, parit dan mengecat papan tanda nama kampung yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penduduk-penduduk.

-ZS-

Tinggalkan komen anda