Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pesanan Fahmi Fadzil kepada Rakyat Malaysia

By 13 Februari 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Muhamad Hafizudin Abdul Halim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Malaysiaaktif) – “Dua pesanan yang saya nak sampaikan sebagai Menteri. Pertama, sekiranya anda terima sebarang mesej ataupun panggilan yang meragukan, jangan layan atau segera hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC)”.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata demikian di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Parlimen Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa, di sini semalam.

Menurut Fahmi Fadzil, negara dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM500 juta setiap tahun akibat sindiket penipuan pekerjaan di luar negara.

“Paling menyedihkan, duit simpanan mangsa yang terpedaya turut tergadai. Penipuan pekerjaan ini sangat berbahaya. Rakyat Malaysia ditipu kononnya ada kerja yang lebih baik dengan gaji besar tetapi apabila sampai di sana baru sedar mereka kena ‘scam’ (tipu).

“Sekiranya ada yang menjadi mangsa ‘scammer’ (penipu), tidak perlu malu. Tampil ke hadapan dan buat laporan polis,” kata Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Beliau turut memberi peringatan agar berhati-hati ketika memuat naik kandungan di media sosial.

“Elakkan daripada menyentuh 3R iaitu, institusi diraja, agama dan perkauman. Sekiranya perkara ini tidak dipatuhi, anda boleh ditahan dan didakwa di mahkamah,” pesan beliau lagi berkenaan etika penggunaan platform media sosial.

“Nak berpolitik, berpolitiklah tapi jangan tabur fitnah. Anda akan terima padah,” tegas Fahmi Fadzil menjelaskan pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas sekiranya ada penyalahgunaan media sosial.

-ZS-

Tinggalkan komen anda