Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Tapak Bazar Ramadan Percuma kepada Peniaga Menjual Menu Rahmah – PL

By 20 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 20 Feb (Malaysiaaktif) –  Perbadanan Labuan (PL) menawarkan tapak jualan Bazar Ramadan secara percuma kepada 26 peniaga yang telah menyertai Program Menu Rahmah jika mereka berminat menjualnya di bulan Ramadan nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PL Rithuan Mohd Ismail, usaha itu untuk menggalakkan para peniaga menyahut seruan kerajaan dan melakukan amal jariah sepanjang bulan Ramadan.

“Jika ada peniaga lain yang berminat menjual menu rahmah di Bazar Ramadan, kita akan masukkan mereka dalam program ini,” katanya yang ditemui selepas membuat tinjauan pelaksanaan Program Menu Rahmah di beberapa premis makanan sekitar bandar Labuan, tengah hari tadi.

Sementara itu, seorang pengusaha gerai makan yang menjadi premis pertama di Labuan menyertai Program Menu Rahmah, Wahyudin Emplin Nuga, 29, berkata, mereka menyertai program itu untuk menyahut seruan kerajaan membantu masyarakat membeli makanan pada harga yang rendah.

“Kita akan teruskan penjualan Menu Rahmah semasa bulan Ramadan nanti dan saya menyeru kepada peniaga di luar sana bersama-sama mendukung usaha kerajaan ini agar dapat berkongsi manfaat selain dapat melakukan amal jariah,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda