Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

296 Mangsa Banjir Terima Bantuan Wang Ihsan

By 7 Mac 2023Mac 9th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Norzila/Muhammad Samsul Amri (LMS)

TAIPING, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 296 mangsa banjir menerima Bantuan Wang Ihsan Peruntukan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) Monsun Timur Laut 2022, di Astaka, Bukit Gantang, di sini pagi tadi.

Menurut Pegawai Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) Mohd Nasrul Menhat, penerima bantuan ini adalah mangsa banjir di kawasan Mukim Matang, Bukit Gantang dan Sungai Tinggi yang berlaku pada 5 November lalu.

“Saya berterima kasih kepada agensi yang terlibat dalam menguruskan mangsa banjir kerana dengan kerjasama antara agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri, barulah segala permasalahan dapat diatasi dan bantuan dapat disegerakan.

Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir terutama ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah,” katanya ketika ditemui.

Tambah Nasrul, Monsun Timur Laut masih berlaku di negara ini dan mengharapkan semua rakyat perlu berwaspada dan sentiasa prihatin kepada mangsa banjir di negeri Johor.

“Rakyat perlu menanamkan sikap prihatin terhadap orang sekeliling agar semua maklumat dapat disampaikan kepada pihak yang terlibat,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda