Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program ‘Town Hall Rakyat’ Tampilkan Budaya Positif

By 7 Mac 2023Mac 9th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norshazila Ahmad/A.Prababagaran (Petaling)

SHAH ALAM, 7 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berharap program Town Hall Rakyat yang dianjurkan Sinar Harian dapat diteruskan kerana ia menampilkan budaya positif.

Menurutnya, program berkenaan memberi peluang kepada rakyat untuk bertanya apa sahaja soalan kepada tetamu jemputan.

“Ada beberapa perkara yang dibangkitkan sebentar tadi dan saya berharap jawapan yang saya berikan sebentar tadi memuaskan dan budaya ini boleh diteruskan.

“Tahniah kepada Sinar Harian yang sentiasa berani mengusahakan format baharu dan ianya

merupakan satu budaya yang positif,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu pertama program Town Hall Rakyat di Dewan Kompleks Kumpulan Karangkraf Sekyen 15, Shah Alam semalam.

Town Hall Rakyat merupakan satu program baharu yang diperkenalkan oleh Sinar Harian dengan membawa konsep interaktif untuk rakyat bersemuka dan bertanya soalan dengan pemimpin.

Program berkenaan disiarkan secara langsung melalui platform media sosial Sinar Harian dengan menampilkan Azhar Sulaiman sebagai hos.

-ZS-

Tinggalkan komen anda