Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Khidmat Bakti Dirai

By 21 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Nor Asikin Haria (Kedah)

BANDAR BAHARU, 21 Mac (Malaysiaaktif) –  Seramai 74 orang penerima terdiri daripada orang awam, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah dan Pegawai Awam IPD Bandar Baharu telah menerima surat penghargaan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami amat berterima kasih atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada PDRM selama ini.

“Jalinan akrab ahli masyarakat sebagai rakan strategik terpenting PDRM, telah membantu pasukan dalam usaha mencegah jenayah,” Ketua Polis Daerah Bandar Baharu ujar DSP Mohd Akmal Hizam Abd Khupur semasa menyampaikan amanat Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, semalam.

Menurut Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pekan Bandar Baharu merangkap Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Pekan Bandar Baharu Mohd Azuan Mohd Hashim ini merupakan penghargaan polis kepada orang awam atas sumbangan, khidmat sukarela dan bakti kepada masyarakat serta kerjasama baik bersama polis selama ini.

“Saya telah menerima surat penghargaan polis kali keempat iaitu dua kali daripada Ketua Polis Negeri Kedah dan dua kali daripada Ketua Polis Daerah Bandar Baharu,” katanya.

Manakala seorang lagi penerima surat penghargaan SM (B) Azizan Mat Desa, 64, berkata beliau telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 36 tahun dan telah bersara enam tahun yang lalu.

Turut menerima surat penghargaan ialah murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Haji Zainuddin Aisyatul Humaira Sharizan, 12, di atas penghargaan mendeklamasi sajak bertajuk ‘Demi Daulat Ibu Pertiwi’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda