Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Keunikkan dan Kemerduan Suara Burung Menarik Perhatian

By 10 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Spesis burung berlagu merdu dengan keunikkan suara berkicauan menarik perhatian juri untuk menentukan juara dalam pertandingan burung candik anjuran penduduk Kampung Cat Rimau, di Gelanggang Burung Candik, di sini semalam.

Bagi pemenang pertandingan tersebut, Cik Amat Said, 59, dari Felda Chiku 6, Gua Musang, beliau merasa sangat teruja dan gembira di atas pencapaian ini.

“Tak sangka burung candik saya yang berharga RM3,000 ini menang dan diisytiharkan juara. Amat berbaloi saya datang dari jauh semata-mata untuk menyertainya malah hari ini juga adalah hari lahir saya,” ujarnya.

Pengerusi pengadil pertandingan Raja Mamat Raja Zainal, berkata pertandingan ini diadakan sebanyak empat pusingan di mana setiap pusingan peserta diberi masa selama 13 minit.

“Pada pusingan terakhir kami akan memilih 10 ekor burung untuk menentukan juara dan naib juara. Kawasan burung bertanding adalah kawasan larangan, hanya pengadil sahaja dibenarkan masuk dan pemilik burung perlu berada jauh.

“Jika nak bersorak, bertepuk tangan atau mengajuk burung bersuara, hanya dari jauh sahaja,” katanya.

Sementara itu, pengajur pertandingan Fairul Cik Din, 39, berkata tujuan utama pertandingan adalah bagi mencari burung candik terbaik yang memenuhi kategori yang ditetapkan untuk dibawa ke  pertandingan yang lebih berprestij dan menawarkan hadiah yang lebih lumayan.

“Acara ini juga mengeratkan persaudaraan dan perhubungan antara peminat burung sekitar daerah ini.

“Pertandingan burung candik ini selalu diadakan dan kebiasannya mendapat penyertaan yang amat menggalakkan melibatkan semua kaum seperti Melayu, Cina dan Siam,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda