Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kapal Korek TT5 Raih Pengiktirafan Antarabangsa

By 24 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Ipoh)/Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.)

BATU GAJAH, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Warisan sejarah perlombongan bijih timah, Kapal Korek Tanjung Tualang No. 5 (TT5) meraih pengiktirafan kejuruteraan mekanikal antarabangsa, apabila menerima anugerah ‘Engineering Heritage Award’ daripada Institution of Mechanical Engineers (IMechE) United Kingdom dalam sebuah majlis yang berlangsung dekat sini semalam.

IMechE telah memilih dan mengiktiraf Kapal Korek TT5 yang berusia 85 tahun itu sebagai penerima anugerah kerana telah menepati kriteria penganugerahan yang ditetapkan iaitu terpelihara dengan baik, telah memberi sumbangan kepada ekonomi negeri dan negara selain mempunyai ciri warisan yang tersendiri.

“Kerajaan Negeri berbesar hati dengan penganugerahan daripada sebuah organisasi antarabangsa yang mengiktiraf monumen kejuruteraan mekanikal ini.

“Berdirinya sebuah ‘marvel engineering’ (kejuruteraan mengagumkan) di Tanjung Tualang ini adalah tanda kebanggaan negeri Perak dengan pengeluaran biji timah yang menjadi teras ekonomi Tanah Melayu ketika dahulu,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam Negeri Perak Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebaik selesai Majlis Penyerahan Plak anugerah tersebut.

TT5 merupakan penerima pertama anugerah ini di Malaysia dan di Asia Tenggara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda