
Laporan/foto: Siti Norzila Dolah (Larut Matang dan Selama)
TAIPING, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Taiping (MPT) meneruskan usaha untuk menjadikan Taiping sebagai Bandar Rendah Karbon melalui program Hari Tanpa Kenderaan (HTK) @Taiping Siri 1/2023 yang berlangsung Sabtu lalu, bermula pukul 6.00 petang hingga 11.45 malam di Dataran Warisan, di sini.
Yang DiPertua Majlis Perbandaran Taiping Khairul Amir Mohamad Zubir, berkata program ini bertujuan mengajak penduduk tempatan untuk bersama-sama memelihara tenaga dan sumber bagi mengurangkan kenderaan supaya dapat mengawal pencemaran udara di bandar.
“Pihak Majlis berhasrat mengadakan program ini sebanyak tiga kali tahun ini iaitu Mac, Julai dan September 2023.
“Kita juga berharap menerusi program ini, masyarakat akan menyokong usaha MPT dalam merealisasikan matlamat Taiping Bandar Rendah Karbon,” katanya dalam satu sidang media, kelmarin.
Pelbagai aktiviti disediakan sempena [email protected] termasuk zumba, bola sepak jalanan, jualan bazar ‘cross street’, pameran agensi kerajaan dan swasta serta kuiz kenegaraan daripada Jabatan Penerangan.
-ZS-