Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Yusof Haslam Ikrar Terus Hasilkan Drama Kepolisan

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Pengarah dan penerbit filem serta drama, Datuk Yusof Haslam akan terus berkarya menghasilkan drama kepolisan walaupun lebih 40 tahun berkecimpung dalam bidang yang memartabatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau yang terkenal menerbitkan drama bersiri ‘Gerak Khas’ sejak 1999 hingga kini berhasrat menghasilkan drama bersiri polis peronda pula.

“Ia bertujuan memperkenalkan aktiviti danĀ  tanggungjawab polis peronda yang dilihat masyarakat sebagai ‘simple’, sebenarnya sentiasa berdepan dengan cabaran ketika menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan semasa sambutan Memperingati Hari Polis ke-216 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Bagi pemilik nama sebenar, Md Yusof Md Haslam berusia 68 tahun itu, sijil penghargaan yang diterimanya memberi semangat dan motivasi dalam menghasilkan karya seni yang bermutu.

“Ini sebagai penghargaan pihak polis kepada saya dan terima kasih juga kepada PDRM yang terus memberi kerjasama sejak pembikinan filem Bukit Kepong dan drama-drama kepolisan lain,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda