Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Indahnya Gua Musang

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohamad Firdaus Abd Aziz

GUA MUSANG, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Secara umumnya, Gua Musang bermaksud gua atau tempat musang. Ia merupakan sebuah pekan yang menjadi laluan utama keretapi di Pantai Timur dan sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter.

Jika dulu ramai yang takut apabila lalu di kawasan Gua Musang yang dianggap sebagai tempat buangan dan dikatakan sebagai kawasan amat terpencil, namun sekarang gua tersebut menjadi daya tarikan pelancong kerana di dalam gua itu terdapat batu dengan pelbagai bentuk seperti menyerupai ular, kepala gajah, gendang, telaga air terjun dan buah belimbing.

Menurut Amran Ismail, 35, pengunjung dari Kuala Lumpur beliau sudah tiga kali berkunjung ke pekan Gua Musang dengan menaiki kereta api.

“Saya amat suka dengan keadaan persekitaran di Gua Musang kerana terdapat pelbagai tempat menarik seperti Masjid Buluh, Warung Muse, Gua Batu Kapur dan banyak tempat bersejarah.

“Cuma saya belum berkesempatan untuk menerokai gua yang berada di Gua Musang walaupun saya sudah mendengar cerita mengenai keindahan yang ada di dalam gua itu,” katanya.

Beliau yang datang bersama keluarga agak terpegun dengan pembangunan di Gua Musang.

“Saya dapati setiap kali saya datang ke sini ada saja perubahan yang menjadikan tempat ini semakin membangun,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda