Skip to main content
Berita TempatanPutrajaya

School’s Out Kids In (SOKI) PSN, Penuh Pengisian Menarik Cuti Sekolah

By 10 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim(Putrajaya)

PUTRAJAYA, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Program School’s Out Kids In (SOKI) 2023 anjuran Pusat Sains Negara menarik perhatian ramai ibubapa dan guru untuk mengisi masa lapang anak-anak sempena musim cuti sekolah.

SOKI merupakan acara tahunan PSN, bertujuan untuk memberi nilai tambah Sains Teknologi dan Inovasi (STI) dengan menawarkan pelbagai aktiviti pembuadayaan sains yang menarik kepada pengunjung.

Pengarah PSN, Mismah Jimbun, menyatakan, kelainan untuk tahun ini adalah ia bertemakan ‘Menerokai Alam Sekitar dan Teknologi.’ Dengan tema ini kami akan menjalankan aktiviti berkonsepkan sains biologi, persekitaran, dan kejuruteraan teknologi. Sebagai contoh pengunjung berpeluang memahami rantaian makanan kehidupan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang bermain dengan robot mini PSN, iaitu Spherobolt.

 

Antara pameran menarik di PSN.

SOKI menawarkan lebih 20 aktiviti sains interaktif, antaranya Jelajah Sains, Cabaran STEM, Let’s Xperiment, Persembahan Sains, Kuiz Kahoot dan banyak lagi.

Menurut pengunjung Zulfadli Rohaizat, 37, dari Kedah program ini sangat bagus untuk mengisi masa sepanjang cuti sekolah, banyak pengisian yang baik untuk anak dan ibu bapa mempelajari sesuatu yang baru di sini,” katanya.

Salah seorang dari anak pengunjung Mohd Fawwas Zulfadli, 10, berkata beliau suka ke sini sebab dapat bermain.

“Yang paling best adalah STEM Challenge tu, sebab mencabar minda dan perlu menggunakan otak untuk selesaikan puzzle tersebut,” katanya.

Obskura XR tarikan baru di PSN

Program SOKI akan dilaksanakan secara serentak di PSN Kuala Lumpur dan PSNCWU, Kedah, berlangsung dalam tiga siri iaitu Siri I: 8-9 Mac, Siri II: 28-29 Mei dan Siri III: 19-20 Dis 2023.

PSN berharap SOKI akan dapat memenuhi objektif utama program iaitu mendidik dan meransang individu, menginspirasikan masyarakat untuk merekacipta dan berinovasi ke arah peningkatan kualiti kehidupan seharian serta memberi impak bernilai kepada semua pengunjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda