Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Jantina Bukan Penghalang Jadi Bomba

By 9 Mac 2023Mac 20th, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Sabah)

KOTA KINABALU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Jantina sebagai seorang wanita tidak menjadi penghalang bagi Agustavia Joe Guasi, 40, untuk berjaya dalam kerjayanya sebagai pegawai bomba.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas itu, apa yang diperlukan adalah pengurusan masa yang baik dalam menggalas tugas sebagai bomba selain menjadi ‘jantung’ dalam rumah tangga.

“Bagi saya, tiada halangan untuk kita sebagai wanita melaksanakan tanggungjawab dan berjaya sebagai anggota bomba.

“Ramai wanita yang mampu melakukan tugas sama seperti bomba lelaki, contohnya ada yang bertugas memadam api, mengetuai pasukan, ketua balai, malah ada yang boleh memandu jentera bomba,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Aktif di Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas, di sini baru-baru ini.

Tambahnya, wanita yang ingin menceburi kerjaya itu perlu bersedia dari segi fizikal dan mental, selain memahami bidang tugas dan mempunyai kemahiran serta pengetahuan tentang tugas.

“Saya rasa seronok dan bangga dengan kerjaya ini setiap kali kami dapat menyelesaikan misi atau tugasan menyelamat dan membantu masyarakat,” kongsinya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda