Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jualan Jelajah Ehsan Rakyat Bantu Golongan B40

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

BANGI, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Jualan Jelajah Ehsan Rakyat melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) adalah inisiatif kerajaan negeri bagi membantu golongan B40.

Sambutan menggalakkan diterima daripada orang ramai setiap kali program ini dianjurkan.

Menurut Rahmat Ismail, 40, ini merupakan kali kedua beliau membeli di Program Jualan Jelajah Ehsan Rakyat. Harga barangan yang ditawarkan murah dan berpatutan berbanding harga pasaran.

“Telur ayam RM10 sepapan, beras RM10, ayam RM 10, minyak masak RM25 bagi 5kg. Harga begini tidak dapat di mana-mana kedai atau pasaraya.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membantu kami dengan menyediakan inisiatif begini,” katanya ketika ditemui di Program Jelajah #Kita Selangor Penyayang Daerah Hulu Langat, semalam.

Turut berlangsung pelbagai aktiviti menarik seperti, pameran lItizam Selangor Penyayang, pameran dan kaunter bergerak pelbagai agensi kerajaan, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan dan cabutan bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda