Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lagenda Bola Sepak Selangor Mewarnai Perlawanan Bola Sepak Persahabatan

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin/Noor Sazarina Mohd Noor (Hulu Langat)

BANGI, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Barisan pemain bola sepak lagenda negeri Selangor bersama-sama memeriahkan acara riadah petang sempena Jelajah #Kita Selangor Penyayang Daerah Hulu Langat 2023 petang semalam.

Perlawanan bola sepak persahabatan melibatkan pasukan pilihan Menteri Besar Selangor dan pasukan pilihan Majlis Perbandaran Kajang.

Kedua-dua pasukan telah memberikan saingan sengit dan aksi permainan daripada lagenda bola sepak negeri Selangor menjadi tumpuan. Antaranya Azman Adnan, Nazzab Hidzan, Mohd Raimi Mohd Nor, Shahril Arsat, Shahrin Abd Majid, Mohd Faisal Esahar dan Razman Roslan.

Datin Seri Masdiana Mohamed, isteri kepada Menteri Besar Selangor bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar, hadir bagi memberikan sokongan kepada para pemain.

Acara ‘netball shootout’ melibatkan empat pasukan turut diadakan petang semalam dengan penyertaan istimewa Datin Seri Masdiana Muhamad sebagai pemain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda