Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jualan Pra-Ramadan dan Aidilfitri Melaka Madani Tawar Harga Patut

By 14 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan

AYER KEROH 14, Mac (Malaysiaaktif) – Jualan Pra-Ramadan dan Aidilfitri Melaka Madani 2023 akan menawarkan harga patut daripada lima hingga 20 peratus daripada harga pasaran di tapak Pasar Tani Bukit Katil bermula 21 Mac sehingga 20 April ini.

Menurut, Biro Ekonomi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Datin Seri Azreen Abu Noh, objektif progam ini bagi membantu rakyat mendapat harga patut terutama bagi barangan basah daging, ayam, telur dan minyak masak.

“Dengan adanya program ini sudah tentu dapat meningkatkan keupayaan ekonomi para perniaga dan menstabilkan kos sara hidup rakyat khususnya semasa musim perayaan,” ujarnya.

Program anjuran DMDI dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

-ZS-

Tinggalkan komen anda