
Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin/Ammar Yas Azudin (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Itulah peribahasa yang sesuai dipadankan dengan seorang pembuat kunci, Michael Lockson, 45, yang menjalankan perniagaan membuat kunci sebagai punca pendapatan dan juga keluarganya.
Apa yang menarik, Michael Lockson mengubah suai basikal roda tiga untuk menjalankan perniagaan membuat kunci kerana kekurangan sumber kewangan untuk menyewa sebuah kedai.
“Berniaga macam ini senang, mana-mana tempat pun boleh pergi. Kalau orang tak suka saya berniaga di situ, saya kayuh pergi tempat lain pula. Nak buat macam mana, saya tiada duit nak sewa kedai,” ujarnya.
Menurut Michael Lockson yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) Mental, beliau menjalankan perniagaan membuat kunci di sekitar pekan Nibong Tebal terutamanya di Kompleks Makanan Taman Sentosa, di sini dengan menyasarkan pelanggan yang datang untuk menjamu selera.
“Di sini berniaga ‘okay’, ramai orang yang datang makan di sini, singgah dulu untuk tempah kunci pendua.
“Saya memulakan perniagaannya pada pukul 10.00 pagi dengan mengayuh basikal dari rumah di Taman Nuri ke lokasi pilihan,” katanya.
-ZS-