Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kecemerlangan Akademik dan Akhlak Tunjang Kejayaan Pelajar SMUAMJ

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

PASIR MAS, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Kecemerlangan akademik serta kemantapan akhlak moral seorang pelajar dalam bidang pelajaran adalah satu kejayaan dan amat penting untuk masa hadapan.

“Antara ciri-ciri pelajar cemerlang adalah bermoral tinggi dan mempunyai akhlak yang terpuji dan penerapan nilai-nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian mereka.

“Kejayaan sebenar pelajar terletak pada kecemerlangan akademik disusuli dengan kemantapan akhlak dan moral,” kata Pengetua Sekolah Menengah Ugama (A) Marziah Jabo (SMUAMJ), Tajuddin Mahmud.

Menurutnya seramai 214 pelajar dan 29 orang guru akan memulakan tugas mendidik di sekolah itu selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan Pelajar Ceria Sekolah Sejahtera.

“Saya mendoakan pelajar dapat belajar dengan bersungguh-sungguh dan mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan demi melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Rasmi Sekolah di Dewan Terbuka SMUAMJ semasa memulakan Pembukaan Sekolah Sesi 2023/2024, di sini semalam.

Sementara itu Pegawai Keselamatan Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Pasir Mas Sarjan Narawi Tom berkata PDRM sentiasa  mengambil  langkah positif dalam menangani masalah disiplin dan buli di sekolah.

“Polis sentiasa peka keadaan semasa dan bersedia bekerjasama memerangi jenayah demi mengutamakan keselamatan, malah rondaan dan pemantauan sentiasa dibuat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda