Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

YADIM Kelantan Konsisten Melestari Komuniti Rahmah

By 20 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini/ Shahrir Mohamad Nor

BACHOK, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan terus konsisten memupuk perpaduan dan memperluaskan Komuniti Rahmah ke seluruh pelosok negeri.

“Selain inisiatif memupuk perpaduan dan menyebar rahmah, program ini diharap dapat memperluaskan dakwah ke perkampungan asnaf, menyantuni golongan ini melalui agihan Bakul Rahmah, memperkasa keterlihatan YADIM dalam kalangan masyarakat dan mengukuhkan hubungan strategik dengan agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO)”.

Pengarah YADIM Kelantan Haji Mahadi Awang berkata demikian semasa merasmikan Program Kolaboratif Melestari Komuniti Rahmah di Taman Sejahtera Rakyat, Kampung Nenasi, Telong, di sini kelmarin.

Seramai 50 orang Ketua Isi Rumah (KIR) Asnaf Kampung Nenasi menerima Bakul Rahmah iaitu satu daripada empat elemen menerusi program Payung Rahmah bertujuan membantu golongan B40 dan miskin tegar bagi mendepani isu kos sara hidup yang tinggi.

Pelbagai aktiviti seperti pertandingan liga takraw, pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pemeriksaan kesihatan, peraduan mewarna, sukan rakyat dan kuiz agama bersama komuniti setempat diadakan bagi menarik penyertaan ramai.

Program kerjasama YADIM, Pejabat Penerangan Daerah Bachok, Pejabat Kesihatan Daerah Bachok, AADK dan NGO ini dihadiri hampir 200 penduduk sekitar Kampung Nenasi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda