Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Lamega 2023 Platform Suburkan Semangat Muhibah Kelab Permotoran Borneo

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/BES Labuan

LABUAN, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Penganjuran Labuan Mega Gaths & Autoshow (Lamega) 2023 mampu mewujudkan platform terbaik untuk memupuk semangat kerjasama dan muhibah antara kelab-kelab permotoran yang ada di borneo.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL), Rithuan Mohd Ismail Lamega 2023 membentuk sikap dan komunikasi antara ahli kelab permotoran untuk melahirkan generasi yang harmoni serta dinamik.

“Program ini juga mengeratkan hubungan sesama ahli untuk berkongsi idea, kemahiran, minat yang sama bagi melahirkan kumpulan yang berdaya saing dalam kelas mereka yang tersendiri,”katanya semasa merasmikan Lamega 2023 di sini semalam.

Tambahnya, Lamega turut merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi Labuan selepas terkesan teruk semasa pandemic COVID-19.

“Kami sentiasa menyokong dan mengalu-alukan sebarang bentuk aktiviti yang boleh mempromosikan serta merancakkan kembali sektor pelancongan Labuan,”katanya lagi.

Lamega 2023 menghimpunkan 120 pemilik kenderaan pelbagai kelab sukan permotoran dari Labuan, Sabah, Sarawak dan Negara Brunei Darussalam dengan Lebih 30 acara dipertandingkan sebagai pengisian utama acara permotoran sulung pada tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda