Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Rakyat Impi Kerajaan Tegas Perangi Rasuah – Sultan Perak

By 4 Mac 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/Jabatan Penerangan

KUALA KANGSAR, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah rakyat mengimpikan sebuah kerajaan yang berani dan tegas menunjukkan kesungguhan dalam memerangi rasuah.

“Rakyat mengimpikan pengagihan kekayaan yang lebih saksama, peluang pekerjaan yang lebih terjamin, taraf hidup yang lebih baik, tadbir urus yang lebih telus dan pemimpin yang lebih amanah.

“Kerajaan yang menjadi pilihan rakyat dan kerajaan yang akan terus mendapat sokongan rakyat ialah kerajaan yang dapat memenuhi impian majoriti rakyat,” baginda bertitah demikian pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-66 Sultan Perak di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Tambah baginda, pemimpin hendaklah bijak membaca mesej rakyat dan secara bijaksana mentadbir urus negara secara berhikmah dengan daya tadbir yang bijak, dilaksanakan melalui mekanisme yang berkesan, cekap lagi telus; mekanisme tadbir urus yang tidak menyeleweng serta jauh daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda