Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lego Challenge Serlah Kreativiti Kanak-kanak

By 16 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Yusmila Yusof (Sik)

SIK, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun menyertai Pertandingan Lego Challenge anjuran Perpustakaan Awam Sik, Pejabat Penerangan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Sik Ahmad Azlan Abdul Rahman, menerusi pertandingan ini para peserta dapat menzahirkan kreativiti dan imaginasi masing-masing di samping berpeluang mendapat pengalaman baharu.

Mengulas lanjut, Ahmad Azlan turut berpendapat permainan lego adalah salah satu cara bagi merangsang pemikiran kritis dan kreatif yang bersesuaian dengan usia mereka.

“Ia juga menguji keupayaan para peserta mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea tersebut mengikut kehendak juri,” jelasnya lagi yang ditemui di Perpustakaan Awam Sik, kelmarin.

Sementara itu, juri pertandingan Muhammad Hamsar Abdullah Sani, berkata aktiviti seumpama ini sebenarnya bukan pertandingan semata-mata, tapi lebih kepada mengerakkan minda psikomotor anak-anak.

“Di samping memberi pendedahan kepada ibu bapa untuk melihat perubahan tingkah laku anak. Kadang-kadang anak-anak dilihat agak sukar di bahagian akademik tapi tangkas di dalam aktiviti berkemahiran, malah ada juga lemah kedua-duanya tapi cerdas dalam seni.

Tambah pensyarah Jabatan Elektrik Institut Kemahiran MARA (IKM) Sik ini lagi, dengan adanya pertandingan seumpama ini, ibu bapa boleh mengenal pasti kecenderungan anak-anak dalam bidang yang diminati.

-ZS-

Tinggalkan komen anda