Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Usia Tidak Halang Jaafar The Legend Kekal Perniagaan

By 16 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)

SELAMA, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Minat mendalam terhadap bidang perniagaan di samping membantu masyarakat kampung untuk berniaga menjadikan perniagaan Jaafar The Legend kekal sehingga ke hari ini.

Gerai buah-buahan yang terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor ini tidak asing lagi bagi penduduk sekitar, bahkan sosok pemiliknya cukup dikenali masyarakat tempatan.

Pengusahanya, Jaafar Mohammad, 70, yang memulakan perniagaan buah-buahan di tepi jalan besar di Sungai Bayor, di sini sejak 1970-an lagi masih mengerah kudrat biarpun usia kian meningkat.

“Saya tidak pentingkan keuntungan malah niat untuk membantu penduduk kampung berniaga biarpun ada masanya terpaksa menjual barang jualan di bawah harga modal.

“Hal ini berikutan lambakan buah-buahan di pasaran selain buah rosak, namun sudah cukup gembira kerana dapat membantu penduduk,” jelasnya.

Jaafar kini turut membuka satu lagi premis menjual alat ganti berdekatan gerai jualannya dengan harapan lebih ramai usahawan muda merebut peluang menjana pendapatan.

“Belia khususnya perlu bijak mencari peluang untuk berjaya, jika gagal teruskan mencuba dan carilah cara yang selesa serta memberi keuntungan,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda