Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Lelongan Barang Banjir di Kota Tinggi

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/ Shahqrul Azim Shaari

KOTA TINGGI, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Peniaga di bandar Kota Tinggi kini mula membuat lelongan barang-barang jualan mereka dengan harga yang murah selepas banjir surut.

Para peniaga mengambil inisiatif ini bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian ekoran barangan jualan ditenggelami air.

Antara peniaga yang mengambil peluang ini adalah peniaga pakaian, perabot, karpet dan barangan memancing.

Menurut salah seorang pembeli, Suhana Suliman, 40, dia mengambil peluang ini kerana pakaian yang dilelong masih boleh digunakan.

“Saya ambil peluang membeli baju lelong ini kerana ianya masih elok dan cantik.

“Tambahan pula Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi jadi peluang yang ada ini tidak harus dilepaskan,” katanya.

Salah seorang peniaga, Zulkifli Alias, 50, berkata jualan borong ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

“Pakaian yang dijual di kedai saya adalah stok Hari Raya Aidilfitri.

“Namun, saya terpaksa melelong pakaian ini kerana sudah ditenggelami banjir dengan harga yang murah selain dapat membantu penduduk yang terkesan dengan bencana banjir,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda