Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kopi Beras Minuman Tradisi Kaum Lundayeh

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud

SIPITANG, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Kopi beras merupakan antara minuman kaum Lundayeh yang dihasilkan daripada beras yang disangai.

Menurut Kertinci Selutan, 51, dari Long Pasia, kesukaran mendapatkan kopi suatu ketika dahulu menyebabkan masyarakat di kampungnya memproses beras untuk dijadikan kopi.

“Biasanya beras yang digunakan adalah beras hitam dan beras merah. Kopi beras hitam pula boleh dicampurkan dengan keladi bagi mengeluarkan aroma kopi rasa keladi.

“Selain itu, ia juga boleh dicampurkan dengan gula atau susu, sama seperti membuat kopi biasa yang ada di pasaran,” katanya yang ditemui semasa program Irau Rayeh Lundayeh yang berakhir pada Ahad lepas.

Menurutnya lagi, pengunjung yang datang ke kampung mereka turut disajikan dengan kopi beras.

-ZS-

Tinggalkan komen anda