Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Mangsa Banjir Zahir Terima Kasih Bantuan Tunai Kerajaan Persekutuan

By 17 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Hairie Izwan Awang (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Mangsa bencana banjir di Hulu Terengganu tahun lalu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas bantuan wang tunai yang mereka terima.

“Agihan bantuan kepada semua mangsa-mangsa banjir sebanyak RM3,500 memang banyak membantu kami membeli barangan keperluan asas mahupun barangan yang rosak akibat ditenggelami air,” kata Ramlee Mohzan, 46, dari Kampung Chapu.

Katanya, bantuan yang diterima memang mengurangkan beban kewangan mereka dengan keadaan ekonomi yang meleset dan kenaikan harga barangan keperluan.

Seramai 1,031 penerima bantuan dari Telemong menerima Bantuan Wang Ihsan Bencana Banjir daripada kerajaan persekutuan yang diadakan di Dewan Komuniti Taman Kenangan, di sini semalam.

Terdahulu, seramai 1,070 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil dan 813 penerima dari DUN Kuala Berang telah menerima bantuan tersebut bermula 12 Mac lalu.

Keseluruhannya, seramai 2,914 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir daripada daerah Hulu Terengganu menerima bantuan sebanyak RM3,500 iaitu RM1,000 Wang Ihsan dan RM2,500 Bantuan Khas Keperluan Asas (BKKA).

-ZS-

Tinggalkan komen anda